Friday, September 26, 2014

Ayam masak ros dengan nasi lemak buah bidara.....

Ada dua tiga versi ayam ros yang saya jumpa bila google kat tenet....ada yg agak simple dan ada yg sedikit berjela bahan dan proses penyediaanya.....saya jengok juga resepi mamak haji....ada penggunaan garam masala, tomato sup, serbuk jintan manis dan putih, kas kas dan serbuk cili. Selain itu mamak haji juga kisarkan sekali karot, tomato dan badam selain bahan kisar yang digunakan dalam resepi deli hayat di bawah ni....
Utk menu kali ni saya buat sedikit olahan dengan memasukkan kentang yang digoreng terlebih dahulu serta lengkuas seperti di dlm resepi linapg dan cengkih mcm resepi mamak haji.....

Kacang peas dan bahan2 hiasan lain tu saya tak letak sebab tak sempat nak sediakan....lain kali saya nak cuba resepi mamak haji sebab beberapa resepi mamak haji yang saya cuba setakat ini tak mengecewakan langsung......nanti yer mamak haji....next round menu ayam ros....

Ayam ni saya sediakan untuk sarapan pagi....anak2 ada sekolah ganti...boleh la bawa bekal. Saya padankan ayam ni dengan nasi lemak....

Ayam ni sesuai juga dimakan dengan nasi minyak, nasi puluo dll tu....

Ayam masak ros

Bahan-bahan A:

1 ekor ayam – dipotong 12 (digaram,kunyitkan dan digoreng)
saya tambah 3 biji ketang yg dipotong wedges dan digoreng
1 biji tomato – dipotong kiub
3-4 sudu makan tomato puri (kalau xde ganti ngan sos tomato)
2 sudu besar kismis
3 sudu gula perang/pasir pun boleh (mengikukt kesesuaian rasa)
1 cawan air
1 ½ cawan susu sejat atau santan
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - disimpulkan
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Rempah Tumis (Bahan B):

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih (ikut resepi mamak haji)
3 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia – dihiris
2 sudu besar kismis

Bahan-bahan C: 

5 senduk nasi cili blend
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cm lengkuas (saya tambah berdasarkan resepi linapg)

Kesemua bahan C dikisar halus.

Bahan Hiasan: (saya tak letak)

Kacang peas (dalam tin – ditoskan airnya)
Daun ketumbar
Kismis
Cili hidup/merah
Gajus goreng

Caranya:

Ayam dibersihkan dan digaram kunyitkan. Perap selama 1 jam. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak dan ketepikan.Panaskan lebih kurang 2 senduk minyak di dalam periuk. Gunakan minyak ayam goreng tadi. Masukkan daun pandan dan kacau seketika sehingga naik wanginya.  Kemudian masukkan bahan-bahan B diikuti dengan kismis. Tumis seketika sehingga bawang kekuningan. Selepas itu masukkan bahan-bahan C yang telah dikisar. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga terbit minyak.Setelah terbit minyak, masukkan 1 cawan air, sos tomato, buah tomato, kiub ayam, gula perang, gula putih, garam, dan serai. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan dan biarkan 2 minit di atas dapur. Masukkan 1½ cawan susu sejat dan kacau rata. Dengan menggunakan api sederhana biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga ayam masak. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air sedikit.Setelah ayam masak, bolehlah ditutup api. Semasa menghidang, taburkan kacang pis dan kismis. Hiaskan dengan daun sup dan cili merah.

Nasi lemak

4 pot beras (saya guna basmati - basuh dan rendam 20 - 30 minit, toskan
5 - 5 1/2 cawan santan (bergantung kepada jenis beras)
garam secukup rasa
daun pandan disimpul
4 hiris halia
1 sk halba jika suka

cara2nya

Satukan semua bahan di dalam periuk elektrik. Tanak nasi seperti biasa. Hidangkan dengan ayam ros dan bahan2 lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...