Wednesday, September 17, 2014

Paprik udang

Lama dah tak masak paprik. Dulu paprik ni antara lauk kegemaran kalau makan kat restoran/gerai siam. Tapi bila anak tak berapa gemar makan sayur dan bawang2 ni, malas pulak nak masak. 

Saya masak kali ni pun sebab ada special request dari ipar duai yg dtg ke rumah....udang tu dia siap belikan lagi....

Bahannya...

3 sb pes nam prik pao (resepi di bawah atsu boleh beli yang dalam botol)
4 sb sos tiram
2 sb sos cili
15 biji cili padi (pecahkan)
1 biji bawang holland potong bulat
5 helai daun limau purut - hiris
4 batang serai - ketuk
15 ekor udang besar (sotong/ayam/daging pun boleh)
Sayur pilihan - kobis, kacang, kobis bunga, asparagus, putik jagung, karot dll....

7 ulas bawang putih - pecahkan
5 ulas bawang merah - hiris
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau. Masukkan cili padi dan serai. Tumis hingga cili layu. Masukkan pes dan sos. Tumis sebati. Masukkan sayur karot (yang keras dan ambil masa lama skit untuk di masak). Masukkan udang dan tumis hingga udang hampir masak dan masukksn sayuran lain dan daun limau. Tumis hingga udang sempurna. Tutup api dan hidangkan.

PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO
Sumber Mamak haji

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan hirisan bawang merah (gunakan bawang goreng yang telah siap).
1 cawan hirisan bawang putih 30-40 ulas.
3/4 cawan minyak masak.
25-30 cili kering.
1/4 sudu (tbsp) garam.
1/2 cawan udang kering.
2 1/2 - 3 sudu besar (tbsp) air asam jawa pekat.
1-2 sudu sos ikan (mengikut rasa).
Kiub Belacan basah satu inci X satu inci.
1/3 - 1/2 cawan gula melaka atau mengikut rasa.
2 sudu besar air.

CARA-CARA:

1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Kalau boleh dapatkan yang telah goreng siap. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan tapis minyaknya. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya.

2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.

3. Bungkuskan belacan basah dalam alluminium foil dan bakar dengan api dapur gas yang terdedah dengan memegang dengan penyepit makanan. Pusingkan sentiasa untuk dapatkan pembakaran yang sekata. Bakar sehingga baunya menusuk ke hidung anda. Sejukan dan potong bahagian kecil-kecil.

5. Adunkan semua perencah di atas dengan 2 1/2 cawan air, 3 sudu besar asam jawa, 1-2 sudu besar sos kicap ikan, 1/3 cawan gula melaka dan 2 sudu besar air dan kisar sehingga halus. Panaskan kuali api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Sekiranya terlalu pekat sambal anda tambah sedikit air jika perlu. Pes Nam Prik Pao anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...