Friday, September 19, 2014

Roti

Gebu gebas kejadiaan roti mlm ni....sapa kata cuaca sejuk, mlm roti tak naik elok....ok jer sebenarnya...
Bila cuaca sejuk memalam cenggini saya guna kaedah letak doh yg dah bulatkan dlm loyang atas oven yg sedang dipanaskan....
Hasilnya......menjadi dengan cemerlangnya...
Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam 

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender,  gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga selama 10 minit. Masukkan margerin dan uli lagi hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan). 

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

5. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh naik dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

6. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

7. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.- 

**Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.Nota: Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80 ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu dan air tu sedikit demi sedikit, 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...