Monday, September 1, 2014

Bihun goreng udang banjir....hehehe

Bahan2nya

1 paket bihun direndam dengan air paip hingga lembut - toskan
1 biji bawang besar dihiris nipis
5 ulas bawang putih di tumbuk atau dicincang
3 sb cili kering kisar
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
5 sb kicap

udang besar secukupnya (nak letak banyak mana pun ok jer)
sawi jepun (boleh diperbagaikan dengan karot, kobis dll) - potong kecil

minyak untuk menumis

Masukkan minyak ke dalam kuali. Tumiskan bawang dan bawang putih hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili. Tumis lagi hingga pecah minyak. 

Masukkan sos2 dan kicap. Gaul rata dan biarkan seketika. Masukkan udang. Masak hingga udang melengkung dan berubah warna. Angkat udang dan ketepikan.

Masukkan bihun. Kacau hingga bihun bersalut bahan tumisan  dengan rata. Masak hingga bihun lembut. Masukkan sayuran. Masak hingga sayuran layu dan tutup api. Hidangkan terus dan susun udang di atas bihun.

Sedia dinikmati dengan cili jeruk homemade.
Resepi cili jeruk di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...