Wednesday, September 3, 2014

Kuih Penyaram/topi mexico/cucur jawa Lembut

Kuih Penyaram Lembut
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

500g tepung gandum
100g tepung beras
650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong/gula melakaMinyak masak secukupnya

Cara-caranya

Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras.
Dalam bekas lain,bancuh gula apong dengan 200ml air panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka). Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
Tapiskan air gula tadi ke dalam tepung.

Kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.

Tapis adunan dan perap semalaman.


Panaskan 2/3 cawan minyak masak(guna api perlahan),ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali

Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu.
Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...