Saturday, September 27, 2014

Hanith/haneth lamb/nasi arab hanith kambing

Dah siap nak makan nih....jemput yer...

Menu arab utk dinner malam ni....
resepi dah lama simpan....cnp dari blog lydia honey. Malam ni akhirnya menjadi juga.....

Sup kambing sedang disediakan.....

Sup daging

bahan2nya

750 g kambing (bertulang)
2 pcs bay leave
1 inch halia- diketuk sikit
1 biji bawang besar- belah 4
2 ulas bawng putih – diketuk sikit
1 btg cinnamom stick
5 kuntum bunga cengkih
1/2 tsp cumin powder
1/4 tsp cardamom powder
1/2 tsp black paper
1/2 tsp coriander powder
1 biji fresh tomato- buang kulit & di dadu besar
1 biji loomy( limau kering)- optional-tak letak pon tak per saja nak rasa masam, just gantikan ngan 1/2 biji jus lemon.
* Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus daging

cara2nya

Masukkan semua bahan ni dalam pressure cooker kecuali bahan * , rebus hingga daging benar- benar lembut dan empuk. Last sekali masukkan garam dan rebus lagi selama 5-7 minit. Ketepikan
Baru siap marinate.....

Lamb

bahan2nya

1 tbsp cumin powder- kalu letak 2 tbsp pon ok gak
1 tsp serbuk kunyit..saya letak 1/2 tsp jer kureng kuning..
1 tsp coriander powder (serbuk ketumbar)
1tsp Arabic mixed spices
1-2 tbsp minyak masak

cara2nya

Letakkan kesemua daging yang direbus tadi ke atas aluminium foil (aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok)..lumurkan dengan ke semua bahan di atas hingga ok, masukkan sedikit air sup tadi (di atas), dalam 1/3 cawan dan tutup aluminium foil rapat- rapat dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selama 10-15 minit jer. 

Sedia dibakar...
Batch pertama ni saya lupa nak letak sup jadi agak kering sikit...

Nasinya warnanya meriah....saya suker...saya suker...
Nasi

bahan2nya

2 cups basmathi- cuci, rendam ngan 1 tbsp garam selam 30 minit & toskan
1 tbsp tomato paste
1/2 tsp yellow food coloring
1 ketul kiub kambing MAGGI..kalu tak de amik air sup kat atas sikit buat rasa
3 kuntum bunga cengkih*
A pinch of cardamom powder..kalu tak de letak 2 biji jer*
1 btg kulit kayu manis*
1 tsp cumin powder*
1/3 tsp Arabic mixed spices
3 tbsp minyak masak
1/2 tsp rose water
Air secukupnya sbb ikut jenis beras kan..

cara2nya

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap. Masukkan tomato paste dan pewarna, biarkan selama 1 minit. Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan amsukkan air panas secukupnya. Bila dah mendidih masukkan rose water dan gemburkan sedikit. Tanak seperti biasa..

Sup dan sambal salata hara

Maraq - tak buat pun 

Bahan2nya

1 biji bawang besar sederhan- di dadu kecil
2 ulas bawang putih- dadu kecil
100 ml tomato paste
1/3 cmt Arabic mixed spices
1/4 cmt cumin powder
Pinch of cardamom
1-2 cmb minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 kib pati ayam/lembu. kambing MAGGI
Sedikit fresh coriander untuk tabur
Sayur pilihan (kentang* @ carrot* @ terung*-dadu medium @ kacang bendhi @ kacang buncis)- ikut taste korang atau campur 2-3 jenis sayo di atas pon ok tapi jangan banyak pulak

cara2nya

Tumiskan bawang hingga naik bau, msukkantomato paste, Arabic mixed spices, cardamom dan cumin powder..goreng selama 1-2 minit dan masukkan air serta syuran pilihan anda. Bila sayuran dah masak/ empuk masukkan garam dan kiub MAGGI. Renehkan selama 5-7 minit dan taburkan sedikit fresh corainder jika ada dan tutupkan api. 

Salsa tomato (saya buat salata hara yg masukkan daun ketumbar tu)

Bahan2nya

1 biji fresh tomato- buang kulit
1 biji bawang besar- medium saize
1 biji capsicum hijau/ cili hijau/ cili api-ikut suka
Jus lemon ikut kemasaman yg di ingini
Garam secukup rasa

cara2nya

Blend semua bahan hingga hancur dan simpan dalam peti sejuk

Tarararrararaaaa siap…………. Masa untuk bersantap, hidangkan semua ni bersama salad pilihan anda. 


Note:- Nampak jer susah dan renyah..tapi percayalah sedap dan senang kalu ikut steps saya ni..
1)rebus daging/sup..sementara tunggu daging empuk prepare…
2)nasik.. sementara tunggu nasik masak prepare…
3)maraq.. sementara tunggu maraq masak prepare…
4)salsa
5)bila semua dah ok bakar daging jap dalam oven..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...