Monday, September 8, 2014

Resepi Makaroni Bakar

Sarapan pagi ini saya sediakan  Makaroni Bakar menggunakan resepi fb kelas bakeri. Selalunya saya buat makaroni bakar yg berempah tapi kali ini saya pilih yang berkeju pulak. Dan yang paling penting takde sayur.....sbb anak2 dah tanya ada sayur ke tidak....

memandangkan stok makaroni dah habis, saya guna pasta lain menggantikan makaroni....

Untuk membakar saya guna remekin....senang nak serve... 

Cara pembuatan dan bahannya pun simple sangat.....rasanya pun sedap mengikut penilaian anak2 saya....



BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

250gm makaroni | direbus dan tos
300gm daging cincang
100gm keju cheddar | diparut ( saya tambah mozarella cheese)
2 ulas bawang putih | dipotong dadu
1 biji tomato | dipotong dadu
1/4 cawan tomato puri (saya guna du chef)
1 sk Campuran herba Inggeris (dried mixed herb) secukupnya
1 sk serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis (saya guna mentega)

BAHAN B:

50ml susu segar
1 biji telur

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan campuran herba Inggeris dan biarkan seketika sehingga kekeringan.

3. Seterusnya masukkan daging cincang dan biarkan hingga daging masak (berubah warna).

4. Masukkan pula tomato dan tomato puri. Kacau rata dan perasakan secukupnya.

5. Setelah itu masukkan pula makaroni yang telah direbus dan digaul sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tuang bahan B yang telah dipukul sebati.

6. Akhir sekali, taburkan keju cheddar di atas makaroni dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 30 minit.

7. Potong ikut suka dan sedia dihidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...