Monday, September 1, 2014

Bubur merah putih

Bubur merah putih

Sukatan ikut nak buat banyak mana

Pulut/beras (basuh dan rendam 2 - 3 jam - lagi lama rendam lagi cepat kembangnya) toskan
santan pekat
gula merah/nise/gula apung/gula melaka
garam
air secukupnya

Rebus pulut hingga kembang, tambah air jika perlu dari masa ke semasa
bila dah kembang masukkan santan pekat. Kacau rata. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak hangit.
Asingkan sedikit bahagian putih. Tambah garam secukup rasa.
Bahagian yang satu lagi tambahkan gula merah dan kalau rasa tak cukup manis boleh tambah gula putih skit, masukkan secubit garam. Masak hingga gula hancur. 

Cara Hidangan

tuang bubur merah di dalam mangkuk dan sudukan sedikit bubur putih ditengahnya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...