Saturday, September 20, 2014

resepi asas roti

Rata2 resepi roti ni lebih kurang sama untuk adunan dohnya. Tips penting semasa menguli pastikan doh diuli hingga tak lekat ditangan dan yang paling cantik dapat doh yang kenyal .....bila canai atau tarik boleh dapat macam roti canai tu....nipis dan tak koyak. Nak senang menguli, guna la bread maker atau mixer yg heavy duty....

Hari ni saya meroti lagi menggunakan resepi roti nasi. Cuma konon2 buat rupa tembikai....idea tu dapat dari member fb kelab roti. Kat N3 ni saya share beberapa resepi asas untuk buat roti....

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air 
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam 

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan). - saya bahagi adunan yang dah siap tu kepada 3  bahagian lebihkan letak pewarna merah untuk bahagian yang banyak, hijau dan satu biar plain. Uli doh utk sebatikan warna.

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

5. Doh merah masukkan coklat chip untuk jadi biji tembikai. 

6. Letakkan doh hijau, pastu atasnya putih diikuti dengan yang merah dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.8. 

Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.- 

**Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.Nota: Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80 ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu dan air tu sedikit demi sedikit, 


sumber asal facebook kelab roti di link Resipi roti boleh dipelbagaikan.

Bahan2
...
500gm tepung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk = 265gm
80gm butter
1st bread softner

cara,

campur bahan kering dan masuk bahan cecair
uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30minit buang angin,
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c
suhu bakar ikut jenis oven anda


Resipi Doh Roti Asas
Diolah daripada: My Resipi (Kak Fida) 

Bahan-bahan:

Untuk aktifkan yis:
5 sudu kecil yis *saya guna Mauripan
100ml air/susu suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum

Untuk membuat water roux:

50g tepung
250ml air

Untuk doh:

600 g (5 cawan rata) tepung roti atau tepung gandum
120g gula kaster
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung (optional) 
1 biji telur, dikocok
60 g marjerin
Water roux   
1 biji telur dikocok + 2 sudu besar  (untuk glaze)
Marjerin (untuk sapu roti selepas masak) 

Cara-cara:

Untuk aktifkan yis: Dalam bekas kecil, satukan yis, gula, tepungdan susu/air suam. Ketepikan.Untuk water roux: Kacau tepung dan air di atas api sederhana hingga memekat (dalam 1 minit). Sejukkan.  

Untuk membuat doh:

1. Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung, susu tepung (jika guna), gula dan garam.

2. Selepas itu, masukkan yis yang telah diaktifkan tadi (yis akan berbuih), water roux dan telur yang dikocok. Gaul sebati. 

3. Dengan menggunakan tangan, uli bahan-bahan tadi sehinggamenjadi doh yang kasar, dalam 5 minit. 

4. Selepas itu, masukkan marjerin/butter dan uli lagi doh sehingga menjadi licin dan elastik. 

5. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga naik dua kali ganda.

6. Selepas itu, tumbuk doh untuk membuang angin dan bentukkan doh mengikut citarasa anda. Selepas itu, doh perlu direhatkan semula selama 45 minit atau sehingga berganda saiznya. 

7. Panaskan oven pada suhu 350F/180C. Sapu permukaan roti dengan campuran telur dan susu dan bakar selama 15 minit(bergantung kepada saiz roti) atau sehingga masak. 

8. Selepas dikeluarkan dari oven, sapu permukaan roti dengan sedikit marjerin/butter supaya roti kekal lembut.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...