Sunday, September 21, 2014

Lempeng air kelapa cicah sambal bilis

Menu ringkas sarapan pagi ini....lempeng yang dibancuh dengan air kelapa cicah dengan sambal bilis. Balik kampung kakak ipar bagi kelapa yg agak muda. Elok sangat dibuat inti atau lempeng...jadinya pagi2 lagi encik hubby kena tolong parutkan empat biji kelapa....airnya dapat la dalam dua liter...separuh saya simpan dalam freezer dan selebihnya saya bancuhkan lempeng kelapa untuk sarapan pagi...sambal bilis tu memang dah siap. Lebih  sambal nasi lemak.... 

Anak2 pulak suka makan cicah susu pekat.....
Lempeng air kelapa

Bahan2nya

3 cawan tepung
1 1/2 cawan - 2 cawan air kelapa 
1 1/2 cawan kelapa parut muda
garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan kacau rata. Panaskan pan/kuali, letak sedikit minyak.  Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Biarkan garing sedikit dan terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan bersama bilis atau susu pekat.

######################

Sambal tumis bilis

2 cawan ikan bilis (goreng sekejap - tak perlu garing)
*30 biji cili kering direbus
*3 biji bawang besar
*7 ulas bawang putih
3 batang serai diketuk
Garam dan gula
3 sb air asam jawa
1/2 cawan air 
minyak untuk menumis

Kisar halus *. Tumis * hingga pecah minyak. Masukkan serai, air asam, garam dan gula. Kacau sebati. Masukkan bilis dan air. Masak hingga sebati dan sambal pekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...