Saturday, September 27, 2014

Kuih koci pulut hitam

Kuih koci ni kuih antara kuih kegemaran saya...adik beradik badak berendam jugak ni...

Sedap lemak berkrim gitu...



Buat bentuk kon dan bentuk cam lepat....bentuk kon tu biasa untuk orang2 belah utara dan perak....sebelum duduk kat selangor ni inilah koci bentuk kon yg saya kenal....dan koci tu pulak takde letak kuah santan tu...

Sekarang jom tengok resepinya.

Untuk Doh 

Bahan2nya

1 paket tepung pulut 
3 sb tepung pulut hitam
air secukupnya
sedikit garam
  
Gaul dan uli hingga jadi doh lermbut

Untuk inti

1 biji kelapa muda parut
gula putih secukupnya
paste pandan secukupnya
(Saya masukkan gula teh c peng perisa pandan kali ini)
Sedikit air
1 sb tepung gandum untuk memudahkan inti di bulat2kan....kali ni saya tak letak sbb inti ni serba guna...nak makan dengan pulut dan juga buat kuih lain.....
(Kalau musim durian bole letak isi durian...sedapnya)

Masak semua bahan kecuali tepung hingga hampir kering dan masukkan tepung.....masak hingga sebati. 


Kuah santan/dadih

3 cawan santan pekat
1 1/2 sb tepung gandum
garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan kacau sebati. Masak semua bahan hingga pekat. Sentiasa kacau menggunakan whisker. Sejukkan sebentar.

#####kuah santan/dadih ni ada yang sukat pekat2.....jadi boleh lebihkan tepungnya...


Bahan lain

daun pisang secukupnya dilayukan atas api atau jemur tengah panas....
minyak masak

#############

Cara menyediakan kuih koci

Ambil sedikit doh dan leperkan

Masukkan inti...

Tutup doh dan letakkan di atas daun pisang yang telah dioles dengan sedikit minyak.

Sudukan sedikit kuah santan/dadih....
Balut daun pisang macam lepat atau nasi lemak....
kukus hingga masak selana setengah jam...
saya guna kukus elektrik jadi lepas kukus saya tidur....pagi bangun dah masak dan sedia dimakan...


###########


Kalau nak daun cantik kekal hijau, kukus dulu kuihnya dalam loyang...dah masak baru balut pisang....jadi kekal la warna daunnya...

Atau pun

Selepas diisi inti, rebus macam buat buah melaka, bila dah timbul masukkan dalam dadih atau kuah santan dan  bungkus....

Atau pun 

kalau daun pisang tak cukup atau tak ada pun boleh buat cara ni....

Pepagi lagi dah habis tiga ketul saya ngap......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...