Wednesday, September 17, 2014

Bubur candil/biji nangka

Antara pencuci mulut yang mudah disediakan...

Namanya berbeza tapi bahan2nya sama jer...bentuknya boleh jer nsk buat ikut suka, bulat boleh, bujur boleh, leper boleh....warna pun sama....ikut la nak buat kaler apa pun...

bahan2nya

Doh
1 paket tepung pulut
Air secukupnya
sedikit garam
pewarna pilihan jika suka

Satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh ikut saiz dan bentuk pilihan.

Sambil itu panaskan air di dalam periuk. Masukkan doh yg dibentuk ke dalam air yg telah mendidih. Masak hingga timbul. Angkat dan masukkan ke dalam periuk kuah. Buat hingga doh habis.

Untuk kuah:

Dalam periuk lain, 

Satukan 1 kg santan (santan dari sebiji kelapa) + 4 cawan air, gula apong/nise/gula merah/gula melaka, gula putih, secubit garam.  Pasang api perlahan. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Masukkan sagu jika suka. Masak hingga mendidih dan sagu jernih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...