Thursday, September 18, 2014

Muffin kurma,madu dan lobak merah

Dah simpan resepi kek guna tepung atta ni lama dah tapi terlupa nak try, bila tengok resepi kek kat group masakan yg guna tepung tu baru teringat....

Petang ni akhirnya jadi jugak.....lepas sakit kepala reda buat jugak muffin ni atas permintaan anak2 yang beriya2 nak buat kek sendiri.....boleh la anak buah bawak balik asrama petang nanti...

Mufin kurma,madu dan lobak merah.
1/4 cawan butter (saya guna minyak jagung)
1/2 cawan madu
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan gula
2 biji telur
1 parutan kulit sebji limau nipis (saya guna kilit lemon)
1 cawan tepung wholewheat (tepung atta)
1 cawan tepung serbaguna
1 sk baking powder
1/4 sk baking soda
1/2 sk garam
1cwn parutan lobak merah
1cwn kurma cincang (seelok2nya kurma tunisia)
Cairkan butter dan madu. Sejukkan. Masukkan susu, gula, telur dan kulit limau. Kacau rata2.
Ayak bersama kedua2 jenis tepung, serbuk penaik dan garam. Masukkan kedlm adunan mentega. Campurkan parutan lobak merah serta kurma.kacau sebati. Sudukan adunan ke dlm acuan mufin bergris dan bakar pada suhu 180'c selama 20min sehingga masak betul.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...