Dah lama tak buat apam nasi ni....tetiba rasa teringin pulak....makan dengan kelapa muda parut sedap....buat kuih ni utk sarapan besok pagi....
bahan2nya
~kisar halus~
2 cawan nasi
1 1/2 cawan gula
2 cawan air
~adun sebati bahan kisar dengan~
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 paket yis
Perap adunan selama sekurang2nya 1 jam. Kacau adunan. Warnakan ikut citarasa.
Sementara itu panaskan air kukusan. Oles acuan dengan sedikit minyak.....
Sudukan afunan ke dalam acuan dan deco ikut citarasa...
Kukus 10 - 15 minit. Pastikan punutup kukus dibalut dengan kain supaya wap tak jatuh atas apam.
Sejukkan sekejap apam selepas dikukus sebelum dikeluarkan dari acuan. Saya susun di atas redai untuk menyejukkan apam sebelum disimpan di dalam bekas supaya bahagian bawah apam kering...
Apam yg batch terakhir ni jadi tersengih...mungkin sebab adunannya diperap lebih lama....
No comments:
Post a Comment