Saturday, September 13, 2014

Udang goreng nestum

Bahan2nya

500gm udang besar

1 biji telur dipukul sedikit

1 sb susu tepung

100 gm tepung gandum

minyak untuk menggoreng)

2 sb mentega

segenggam daun kari

1 biji cili merah - buang biji dan cincang halus

100 gm bijirin nestum

1 sk gula

garam dan serbuk lada hitam

Cara2nya

Bersih dan belah belakang udang dan buang uratnya. Kalau suka kupas kulitnya.

Dalam mangkuk besar, campur dan kacau sebati tepung dan susu. Masukkan udang kedalam telur dan salut rata. Masukkan udang yg bersalut telur kedalam adunan susu dan tepung.

Panaskan minyak. Goreng udang hingga keperangan. Toskan minyak dan panaskan dalam oven yg bersuhu suam.

Panaskan mentega dan goreng daun kari hingga naik bau. Masukkan cili dan bijirin nestum. Kecilkan api. Goreng hingga bijirin keperangan dan menyerap mentega. Masukksn udang dan gaul raya. Perasakan dengan gula, garam dan lada hitam secukup rasa. Sedap dimakan ketika panas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...