Saturday, September 27, 2014

Jus K Lime / key-lime juice

Sedap air ni.....masam2 manis....katanya lagi lama diperam lagi sedap....

Resepi dikongsi oleh Kamariah Razak group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Resipi K Lime


Limau Kasturi (gred A paling baik)

Pastikan anda melapik tempat penyediaan dahulu sebelum mulakan tugas ye....gunakan alas plastik yang bersih/ Siapkan bekas untuk di isikan limau



Asam Boi (tanya kat kedai Gred A) cuba cari yang xbanyak garam dan bukan yng warna putih keras tu. 



Gula pasir

Cara2 

1. Basuh limau dan tos hingga kering



2. Taburkan gula dalam bekas penyediaan sebagai base.


3. Potong atas limau jgn sampai putus.

4. Cuba keluarkan sebanyak mana biji nye yang boleh..tak dpt keluarkan semua x de masalah.


5. Sumbatkan asam boi dalam limau. Sila pastikan asam boi lebih kecil dari buah limau baru cantik.



6. Susun atur limau yang telah disumbat ngan asam boi dalam bekas lapisan gula.



7. Tabur lagi gula atas limau yang telah siap disusun. Buat urutan limau, gula, limau gula hingga habis. Lapisan paling atas penuhi ngan gula.

8. Setiap kali buat penyediaan, jgn buang jus limau yang keluar atas lapik plastik or container yang digunakan. Masukkan dalam bekas limau yang telah disumbat. Pastikan hanya jus limau yang dimasukkan. Jgan sekali2 campurkan air ye.

9. Selesai tutup bekas ketat - nak peram berapa lama ikut suka. Ada air jus banyak kuar dah boleh makan. dalam 3 - 4 hari pun kadang dah jadi- saya sentiasa balut ngan cling wrap supaya tidak berair dan bergula container. 

Jika anda dapati ada kulat bermakna penyediaan anda tidak cukup gula. So pandai2 le adjust mana yang patut. Buang kulat tu tambah gula lagi insyaallah sihat lah limau tu.

Selamat mencuba.


Update sehari selapas: 

Selepas sehari di perap jusnya mula keluar...ada 3 hari lagi masa menunggu untuk menikmati jus lazat ini....


****************************

Cara bila chah ke dapur sedikit berbeza....limau direbus hingga memekat dan sedia dinikmati tanpa perlu diperam beberapa hari......lain kali nak cuba cara ni pulak dan tengok perbezaan hasilnya...

Bahan-bahan:

Limau Kasturi
Asam Boi
Gula
Air

Cara-cara:

Potong limau kasturi di pangkalnya.

Sumbat sebiji asam boi dengan lafaz Bismillah.

Rebus dengan api perlahan. Masukkan gula dan rebus hingga agak pekat.

Untuk nikmatinya, campur dengan air dan ais.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...