Saturday, September 13, 2014

Cucur bawang

Minum petang dengan cucur bawang harini...

Bahan2nya mudah jer

secekak daun kucai potong 1 cm
1 biji bawang holland/kuning hiris nipis
2 cawan tepung
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Kisar:
1 cawan nasi
1 cawan ikan bilis/udang kering
1 biji bawang holland
1 1/2 cawan air

Satukan semua bahan. (Kalau adunan agak pekat boleh tambah sedikit air)
Sudukan atau jemputkan adunan ke dalam minyak panas (api sederhana) dan goreng hingga keperangan. Sedap di makan dengan sos thai atau kuah kacang.

kuah kacang kalau beli sate tu biasanya budak2 tak cicah kuah, boleh bekukan dan guna untuk cicah cucur.
Kalau rajin boleh la buat sendiri guna resepi kat link bawah ni...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...