Sunday, August 31, 2014

Cili jeruk

Dah lama teringin buat cili jeruk sendiri. Tapi asyik tertanggung jer....ada jer alasannya. Suka makan tapi nak buat malas. Masa haji aritu cili jeruk ni la jadi penambah selera. Kebetulan geng satu maktab ada katerer, dia la tolong buatkan. Berbotol2 cili jeruk kitarg ngap...makan dengan mee segera, dengan nasi....almaklumlah makanan kat sana tak pedas.

Semalam beli cili kat pasar malam. Fresh sangat cilinya....ptg ni baru la semangat datang nak menjeruk...sekejap je nak prepare...cukup bahan setengah jam dah siap.....4-5 jam lagi dah boleh makan...

Resepi ni saya refer dari blog mat gebu...tq mat tapi macam biasa idak le teman sukat2 membuatnya...main sesuka hati jer....tapi kat bawah tu saya bagi le jugak resepi yang saya cnp dari cik mat untuk rujukan kengkawan sume yer..... Esok nak goreng bihun untuk sarapan. Boleh la di santap bersama cili jeruk ni....yumyumyummmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)

80 - 100 gram cili hijau segar, cuci dan toskan
230 ml cuka makan 
3 -4 camca besar gula
1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)

Cili hijau dipotong tapi jangan halus sangat biar kasar sedikit, kemudian celur dalam air mendidih selama 20 saat. Tosakan dan biar sejuk.Sediakan botol, yang mana terlebih dahulu dicuci bersih dan rebus dalam air panas selama 5 minit, toskan hingga betul2 kering. 

Isikan botol tadi dengan cili, biar padat. Tekan sedikit. Ketepikan.Bancuh cuka makan dengan gula dan garam, kacau rata hingga semua larut. 

Tapis dan tuang ke dalam botol berisi cili hijau tadi hingga penuh, kalau tak cukup tambah sedikit cuka lagi. Tutup dan biar di tempat teduh. 

Lepas 4 - 5 jam anda boleh nikmati cili jeruk, yang sesuai dimakan dengan semua jenis mi dan makanan pilihan anda. Pastikan sudu yang anda guna untuk mencedok cili, kering dan bersih. Ok tu saja, selamat mencuba!..


Gambar atas ni selepas dua jam dibuat....yang bawah ni keesokan paginya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...