Monday, October 3, 2016

Roti Jala Kuah Durian


Menjala di subuh yang hening. Sedap lembut kejadiaan roti jala yang diadun dengan susu Dutch Lady Pure Farm ni. Pagi2 ni nak buat kuah durian takde santan, jangan susah hati. Guna jer susu Dutch Lady Pure Farm. Kuah durian tu cukup lemak berkrim dengan susu. Sedap.

Mungkin ada yang akan kata, tak suka minum susu macam tu jer. Ada bau la, rasa tak best la. Kalau family tak suka minum susu, boleh cuba perbagaikan kegunaan susu dalam masakan. Jadi tak la risau family tak cukup nutrisi. Susu ni selain sedap diminum, ianya juga mengenyangkan...cukup untuk memberi kesegaran dan tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari.

Tak sempat nak banyak roti ni.....masing2 tadah pinggan kat tepi dapur. Sedap sangat diorang kata.

Roti jala pandan

3 cawan tepung gandum
1 biji telur saiz A
2 cawan susu/santan
1 cawan air perahan daun pandan
Sedikit garam
3 sb minyak/mentega cair

Kisar sebati. Tuangkan ke dalam acuan roti jala. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga alirannya lancar untuk dijala.

Panaskan non-stick pan dan mulalah menjala. Lepas jala biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung atau lipat ikut citarasa.


Kuah durian lemak manis

3 cawan isi durian (nak letak seketul2 pun boleh)
3 cawan santan/susu
1 sb tepung gandum (bancuh ngan 1/4 cawan air) - optional utk dapatkan kuah yg lebih pekat
1 helai daun pandan disimpul
gula dan garam secukup rasa

Satukan semua dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
Hidangkan dengan roti jala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...