Saturday, October 15, 2016

Nasi pandan Ayam Rangup


Nasi pandan Ayam rangup, menu baru dapur ummi. Resepi ni tercipta dari idea asal nak masak nasi ayam. Tapi taknak nasi ayam biasa2 tu 😄. Tu yang tercetus idea masak nasi pandan ayam rangup ni.


Ayam rangup tu saya guna bahagian dada. Bila buat macam ni baru lah anak2 berebut2 makan ayamnya. Kalau tidak bahagian ni paling tak digemari walaupun white meat ni merupakan bahagian yang paling elok dimakan. Anak2 kata rasanya macam nuget ayam fresh...😍😍😍😍.



Nasi Pandan

4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan sesikit garam dan toskan.

4 cawan air rebusan ayam
1 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dengan secawan air)
Garam secukup rasa

*2 inci halia
*5 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

1/4 cawan minyak untuk menumis

Hiris *. Panaskan minyak dan tumis * dan rempah tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan air pandan dan rebusan ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan beras. Perisakan dengan  garam secukup rasa. Masak hingga air mengering. Kecilkan api dan tutup rapat periuk. Biarkan nasi masak selama lebih kurang 5 minit. Tutup api dan biarkan sekurang2nya lima minit sebelum dikareh.


Ayam goreng rangup

7 bahagian dada ayam. - potong nipis
1 sb serbuk halia
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk lada hitam
1 sb serbuk cili
3 sb kicap masin
1 sb gula perang
2 sk garam atau secukup rasa

Gaul sebati. Perap. Selama 1 - 2 jam.

Bahan salut

1 biji telur
Serbuk roti secukupnya

Masukkan telur ke dalam mangkuk ayam yang diperap tadi. Gaul rata. Ambil sekeping dada ayam dan golekkan ke atas serbuk roti hingga bersalut rata. Goreng dengan api sederhana hingga ayam masak dan keperangan. Angkat dan toskan.


Sup

Bahagian leher, kaki, dan tulang2 ayam. Rebus dengan 3 keping halia. Asingkan  4 cawan stok.

*2 inci halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

2 biji kentang - potong kiub
1 batang lobak merah - potong kiub
Hirisan daun sup/bawang/ketumbar
Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Hiris *. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah dan * hingga keperangan. Tuangkan dalam periuk sup. Masukkan kentang dan lobak merah. Rebus hingga empuk. Masukkan daun sup/bawang/ketumbar. Perisakan dengan garam secukup rasa.


Lada

Resepinya boleh klik dilink ini. Lada ni sedap kalau diperah sedikit limau kasturi dan dicampur kicap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...