Saturday, October 29, 2016

Masakan kampung penambat selera


Menu simple2 tapi menbat selera....Selera kampung yang membuatkan makan bertambah2...berpeluh kepedasan....tapi makan tak boleh berhenti.

Masak lemak kuning ikan, sambal belacan, pucuk ubi dan bendi rebus memang gandingan mantap dari dapur ummi.

Jemput la jamu mata...😃😃😃😃

Gulai lemak kuning ikan senangin

1 ekor senangin saiz sederhana (dalam 1 kg)
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
2 biji tomato belah 4 (jgn yg masak sgt)/ kalau ada belimbing buluh pun sedap

Bahan tumbuk

2 inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih (optional)
5 biji bawang merah / 1 biji bawang besar
10 - 15 biji cili padi (Ikut nak pedas mana)
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
-------

Masukkan bahan yg ditumbuk, santan cair dan ikan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. kacau tu jgn sampai ikan hancur (setengah orang dia goreng dulu ikan supaya tak hancur bila masak tapi jgn garing sangat  - kalau goreng masukkan ikan lewat skit.)
Masukkan tomato dan santan pekat. perisakan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Pastikan sentisa dikacau untuk elakkan santan pecah minyak. Tutup api.

Sambal belacan

3 biji cili masak + cili padi secukupnya
1 sb belacan yg telah dibakar
Garam dan gula secukup rasa
2 sb air asam jawa atau boleh juga masukkan perahan limau
Optional - 1 biji tomato -.hiris kecil

Tumbuk cili dan belacan hingga lumat atau kalau tak kasar2 sikit pun ok. Masukkan garam dan gula serta tomato. Tenyeh2kan dengan anak lesung. Kemudian masukkan perahan limau atau air asam dan tenyehkan hingga sebati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...