Saturday, October 29, 2016

Ayam masak merah


Sesekali layan menu ayam pulak. Kat rumah ni kami jarang makan ayam. Biasa ikan. Lauk ayam ni jadi kerap kalau ada tempahan nasi arab atau nasi2 lain tu.

Sesekali anak2 dapat makan lauk ayam ni, suka sangat la diorg. Ayam masak merah ni saya hidangkan dengan nasi putih jer. Simple2 jer...


AYAM MASAK MERAH

Bahan A
1 1/2 ekor ayam - potong sederhana
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cili kering ~ kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji (optional)
1 sb rempah kari daging @ rempah daging masak hitam
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Ayam cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yang dikisar, rempah kari hingga garing, pecah minyak dan harum. Masukkan sos tomato dan kacau sebati.

Masukkan ayam, tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...