Tuesday, October 4, 2016

Lempeng, tepek, peknga makanan yg sama nama berbeza


Menu kampung jadi pilihan pagi ni. Ringkas tapi menyelerakan. Dilengkap pula dengan susu Dutch Lady Farm Fresh. Susu yang membantu kami sekeluarga kekal ceria dan bertenaga sepanjang hari. Satu hidangan dah boleh bagi 200mg kalsium untuk keperluan tubuh badan.

Tengok sekarang ni makin ramai orang yang sakit sendi, sakit lutut, sakit badan. Pengambilan makanan tak seimbang, tak menentu, almaklumlah sibuk dengan macam-macam urusan. Kekadang tak sempat nak sarapan. Kalau saya mudah jer, bawak jer susu Dutch Lady Pure Farm ni, sambil2 memandu, tunggu traffic light hijau, sambil tunggu turn nak bayar tol...boleh minum, habis sekotak, cukup la nak cover sementara next meal. Bila perut kenyang takde la stress, hidup pun ceria, kerja pun boleh jadi lancar.


Perut kalau dibiarkan kosong pun tak bagus, masuk angin nanti sakit kepala. Dapat minum susu ni, lega. Alhamdulillah. Kalsium dapat, keperluan nutrisi dipenuhi....kenyang pun dapat. Cergas dan cerdas sepanjang hari.


Lempeng Kelapa Lemak

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa muda parut
2 cawan susu segar/santan/air
1 biji telur
garam secukup rasa

Satukan semua bahan. gaul sebati. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Sendukkan adunan dan layangkan kuali untuk mendapat lempeng yang nipis.  Masak hingga adunan sedikit keperangan, terbalikkan sekejap sebelum angkat dan letakkan ke atas pinggan. Sedap dimakan dengan susu pekat atau sambal ikan bilis.


Sambal ikan bilis

1 cawan ikan bilis - basuh dan toskan
2 biji bawang besar hiris (kali ni tak letak, lupa)
1/4 cawan cili kering kisar
1/4 cawan bawang merah kisar
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
2 batang serai
4 sb air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak

Tumis bawang, bawang putih dan serai hingga terbit bau dan airnya kering. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Biarkan merenih seketika. Masukkan bilis, tambah air. Biarkan masak selama 5 - 10 minit. Kacau sesekali. Akhir sekali masukkan bawang hiris dan masak hingga bawang hampir hancur dan sambal pekat. Tambahkan air jika perlu. Tutup api dan hidangkan bersama lempeng tadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...