Monday, October 10, 2016

Nyonya apam balik


Pertama kali membaca resepi ni dah rasa teruja nak cuba...apam balik tapi takde inti...takde tabur kacang...gula....jagung. Adunannya pun lain dari biasa. Ada santan dan gula melaka.  Saya buat setengah adunan saja, untuk bekal sekolah anak sesi petang. Kuihnya lembut...dan tak terlalu manis. Sedap dan mudah...sesuai sekali dihidangkan untuk minum petang.

Apam balik nyonya atau apam balik gula melaka....saya pasti ada siaran ulangannya. Terima kasih http://li-shuan.blogspot kerana sudi kongsi resepi ni


Nyonya apam balik

Ingredients:

(A)
200g palm sugar (cut into small pcs), (+ 3sb brown sugar - optional)
200ml water,
4 pandan leaves

200 gm gula melaka, (+ 3 sb gula petang - pilihan)
200 ml air
4 helai daun pandan

(B)
300g plain flour,
1.5 tsp baking powder,
pinch of salt (sift)

300 gm tepung gandum
1.5 sk baking powder
Sedikit garam


(C)
1 egg

1 biji telur

(D)
250ml thick coconut milk
150ml water

250ml santan pekat
150ml air


Method:

1.combine (A) in a saucepan. Bring to boil. Remove the syrup from heat and strain. Set aside until lukewarm.
Satukan baham A. Masak hingga gula cair. Ketepikan dan biarkan suam.

2.Sift plain flour, salt and baking powder into a mixing bowl.
Ayak bahan B dalam mangkuk pengadun.

3.Gradually pour the syrup into flour mixture and blend with a hand whisk.
Tuang air gula perlahan2 dan kacau sebati dengan whisk.

4.Add egg and continue mixing. Stir in (D) . Blend to a smooth consistency.
Masukkan telur dan kacau sebati. Tuangkan bahan D. Kacau hingga sebati.

5.Rest the batter for 30 minutes.
Rehatkan adunan selama 30 minit.

6.Heat an apam balik mould until hot. Reduce the heat and grease slightly with oil.
Panaskan kuali apam balik atau non stick pan. Kecilkan api. Oles loyang dengan sedikit minyak (kalau nak permukaan yg sekata warnanya tak perlu sapu minyak pada loyang)

7.Pour the batter into the mould. Cook over low heat, uncovered, until bubbles appear on the top. Cover with a lid and cook until the apam balik turns golden brown. Remove from mould and fold the apom balik into half.
Tuang adunan, masak menggunakan api kecil hingga buih2 udara kelihatan dipermukaan adunan. Tutup loyang dan masak hingga kuih keperangan. Keluarkan kuih dari loyang dan lipat dua.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...