Wednesday, October 26, 2016

Kuih Kasturi


Kuih kasturi... macam kana kuih ni dapat nama tu pun tak pasti. Nak kata rasa macsm limau kasturi pun tak. Nak kata ada bau kasturi pun tak juga. Mungkin nenek yang cipta kuih ni namanya kasturi.....wallahualam.  hehehe. Apa2 pun cerita disebalik tabir, saya suka kuih ni. Nak buat pun tak susah.

Kuih ni saya buat untuk sarapan dan bekal ke pejabat. Tak sempat posing beriya....dalam tipuware jer pengambarannya. Hokey le tu. Moh kita semak resepinya....dah semak jangan lupa buat yer....😃😃😃



Kuih kasturi

Bahan2nya

1 cawan kacang hijau
1/4 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula atau ikut citarasa
Secubit garam
1/4 cawan tepung gandum

Rendam kacang 4 - 6 jam. Tukar air rendaman beberapa kali.

Toskan dan bilas kacang. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air untuk merebus. Kalau nak kuih yang lembut, jumlah tepung dalam adunan kena letak sikit jer...jadi bila merebus kacang pastikan jangan letak terlalu banyak air sekali gus.....tambah air skit2 masa merebus. Dan bila dah empuk baru masukkan gula, garam dan kelapa. Masakkan hingga gula hancur. Kemudian dah sejuk skit tambah tepung. Gaul sebati, dapatkan doh lembut yang boleh dibentuk. Bulatkan ikut saiz yg kita nak dan leperkan sikit.

Adunan tepung untuk salut.

1 cawan tepung gandum + 2 sb tepung jagung + 3/4 cawan air + sedikit garam

Gaul semua hingga dapat adunan yang tidak terlalu cair...macam tepung goreng pisang tu.

Celup adunan kacang  yg dah dibentuk tadi dengan adunan tepung. Goreng dalam minyak panas. Pastikan api tidak terlalu kuat semasa menggoreng. Goreng hingga keperangan...angkat dan toskan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...