Saturday, October 29, 2016

Masak lemak putih, sambal tempoyak dan ikan goreng menu pilihan anak-anak


Ni menu permintaan anak2. simple jer kan... dengan sukacitanya dapur ummi tunaikan...plinggggg.... dah siap. sekelip mata jer...hahahhaha.

Kobis masak lemak

1/2 biji Kobis di hiris kecil (nak campur kacang panjang pun sedap)
3 cawan santan
2 ulas bawang merah dihiris
Sejemput ikan bilis
1 biji cili merah dihiris
Garam secukup rasa
-----
Masukkan santan, ikan bilis, bawang, garam dan cili ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak pecah minyak.
Masukkan kobis dan masak sampai layu....jangan sampai lembik...dalam 5 minit je. Bila makan tu rangup2 lagi. Terus pindahkan dalam bekas hidangan.


Sambal tempoyak 

5 biji cili merah
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
2 sb tempoyak

Tumbuk cili hingga lumat. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan ke dalam mangkuk bersama tempoyak. Kacau rata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...