Tuesday, October 18, 2016

Kuih ketayap, kuih gulung diberi nama


Bekal anak sekolah petang. Buatkan kuih kegemaran dia. Tengah exam ni, nak pastikan perut cukup isi supaya boleh tumpu sepenuhnya masa menjawab. Anak2 exam ni ayah ummi pulak yang saspen. Moga dipermudahkan segala urusan anak2 syurga ummi dunia dan akhirat.


Kuih ketayap @ ZLC

Untuk kulit

3 cawan air pandan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa

kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.
Masukkan semua bahan dan kisar sebati hingga sebati.

Untuk inti

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1 biji kelapa parut
2 helai daun pandan simpul
1 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Secawan air
Sedikit garam


Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air pandan, gula.  Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat.

Untuk menyediakan kuih ketayap

Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini utk buat bentuk biasa).
Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la.

Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.....tapi untuk viewer sedia untuk ditatap jer ler yer...huhuhu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...