Sunday, October 30, 2016

Kuih Sopang (Sepang) Kukus

Kuih Sepang atau disebut sebagai kuih sopang mengikut dialek N9, merupakan antara kuih muih traditional orang pilah atau N9 mengikut sumber2 encik google. Kuih ni sama macam kuih badak berendam, versi N9 lah kiranya.


Kuih ni saya diperkenalkan oleh encik google yang budiman, masa cari2 idea kuih yang nak dibuat pada hujung2 minggu. Macam2 rupanya kuih traditional orang melayu ni. Nama lain, rupa kengkadang lain tapi rasanya sama.

Sumber resepi saya kali ni majalah rasa...tq yer...


Kuih sopang kukus

BAHAN-BAHAN:

1 kg tepung pulut
250 ml santan
50 ml air
Garam secukup rasa

BAHAN INTI:
500 gm kelapa | dikukur
2 keping gula enau
Air secukupnya
1 helai daun pandan | diikat


CARA MEMASAK:

1. Untuk bahan inti, campur dan masak sehingga menjadi kering dan likat. Ketepikan.

2. Tepung pulut diuli dengan air dan sedikit garam. Ambil adunan tepung dua sudu makan dan bulatkan serta leperkan. Masukkan inti kelapa dan tutup tepi atau kelim tepi. Proses ini dilakukan di atas sekeping daun pisang yang telah diminyakkan. (Saya takde daun pisang cuma minyakkan sikit tangan jer)

3. Untuk mengukus, sediakan bahan loyang yang dilapik daun pisang (saya sapu minyak kat loyang.) Susun kuih sopang tadi.

4. Santan digaul dengan sedikit garam dan kemudian dicurahkan ke atas kuih sopang tadi.

5. Kuih kemudiannya dikukus untuk selama 15 hingga 20 minit sebelum diangkat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...