Saturday, October 15, 2016

Nasi Minyak Puyuh Goreng


Menu yang ringkas2 ajer untuk hujung minggu beberapa minggu lalu. Nak menghabiskan stok puyuh yang dibeli dari ladang Terachi dulu. Asalnya niatnya nak buat nasi arab puyuh tapi tukar plan sebab ada bahan yang takde dalam stok. Asyik postponed nak masak puyuh ni beberapa kali, simpan lama2 sangat pun nanti tak sedap.

Puyuh ni saya perap sekejap. Sambil2 sediakan bahan2 lain. Sedap pulak rasanya, rasa sumac yang masam2 macam lemon ti sesuai sangat dengan rempah2 lain yang digunakan untuk perap puyuh ni,. Sedap punya pasal sampai dua ekor habis saya ratah, cicah dengan lada. Nasi makan sikit jer, sebab leka menyunyah puyuh.


Pelengkap hidangan ni saya buatkan pecuk dan lada. Nak buat dalca malas la pulak. Macam ni pun kira ok lah. Simple jer.

Nasi kali ni terhangus sikit keraknya sebab saya terlewat matikan api dapur....leka buat benda lain.

Nasi minyak


4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan sesikit garam dan toskan.

4 cawan air
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa

*2 inci halia
*5 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
2 batang serai - titik/ketuk

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

1/4 cawan minyak  masak campur minyak sapi untuk menumis

Hiris *. Panaskan minyak dan tumis * , serai dan rempah tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan air  dan susu. Masak hingga mendidih. Masukkan beras. Perisakan dengan  garam secukup rasa. Masak hingga air mengering. Kacau sesekali. Kecilkan api dan tutup rapat periuk. Biarkan nasi masak selama lebih kurang 5 minit. Tutup api dan biarkan sekurang2nya lima minit sebelum dikareh.



Puyuh Goreng Istimewa

10 ekor puyuh
1 sb sumac (boleh didapati di kedai barangan timur tengah)
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk lada hitam
1 sb serbuk bawang putih
2 sk garam atau secukup rasa
1 sb gula perang

Gaul rata. Perap selama 1 - 2 jam. Goreng garing.


Jelatah/Pecuk

1 biji nenas sederhana masak potong kecil
3 biji timun jepun potong kecil
1 biji bawang besar hiris
3 biji cili merah hiris
Garam dan gula secukup rasa
Cuka

Satukan semua bahan dan gaul rata.

Lada - sambal versi sabah yang pedas tapi sedap. Resepinya boleh klik dilink ini yer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...