Monday, October 3, 2016

Creamy Shrimp Fettuccine



Ini ceritera selasa lepas. Entah kenapa dua tiga menjak ni macam bz sangat. Badan pun tak berapa nak sihat. Tu yang banyak N3 yang pending. Masak masak masak...ambil gambar....tapi tak sempat nak update kat blog. 


Kali ni ceriteranya masih lagi berkisar pasal kebaikan susu segar dutch lady. Anak-anak saya ni kekadang tak nak minum susu. Tapi saya tak risau sangat sebab susu ni nak.dapat kebaikan dia bukan saja terus minum camtu jer.....boleh juga diconsume dengan cara memasukkannya dalam masakan.

Macam anak-anak suka sangat makan pasta, jadi saya olah resepi yang digunakan dan masukkan susu pilihan saya ducth lady pure farm full cream milk masa sediakan masakan tu. Tererkan ummi anak2 saya nih...😄😄😄. Nak diorang semua membesar bagai juara...sihat...cerdas kena la kreatif sikit di dapur.


Creamy Shrimp Fettuccine ni bukan anak-anak jer suka, mak saya yang kebetulan duk ngan kitorang pun suka 😍😍😍. Tidak terlalu lemak dan memuakkan sebab guna susu segar.


Creamy Shrimp Fettuccine
Servings: 3-4

INGREDIENTS

3 tablespoons olive oil (3 sb minyak zaiton)
300 gm shrimp (300 gm udang)
1 onion, sliced (1 biji bawang besar hiris - saya cincang)
2 cups mushrooms, sliced (2 cawan cendawan butang hiris - tak letak sbb takde stok)
2 cloves garlic, minced (2 ulas bawang putih - cincang)
2 teaspoons salt (garam secukup rasa)
2 teaspoons pepper (2 sk lada hitam)
2 cups heavy cream (2 cawan krim masakan - saya guna satu cawan krim dan 1 cawan susu dutch lady)
¼ cup parsley, chopped (1/4 cawan daun parsley - hiris)
1 large capsicum, cubed (1 biji bawang besar  - potong kiub)
12 ounces cooked fettucine (satu paket fettucine yang direbus)

PREPARATION

1. Heat oil in a pot over high heat.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api kuat.

2. Add the mushrooms, onions, garlic, salt, and pepper, cooking until mushrooms are slightly browned and onions are translucent and soft.
Masukkan cendawan, bawang, bawang putih, garam dan lada hitam. Masakkan hingga bawang keperangan dan lembut.

3. Add the shrimp, and cook for 2 -3 minute or until pink.
Masukkan udang dan masak 2 - 3 minit atau hingga berubah warna.

4. Add the heavy cream, fresh milk and parsley, stirring until evenly mixed.
Masukkan krim, susu dan parsley dan kacau hingga sebati.

5. Add the fettuccine and stir until the pasta is evenly coated.
Masukkan fettuccine dan gaul rata.

6. Serve! Hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...