Wednesday, October 19, 2016

Cucur jawa aka mexican hat aka penyaram


Kuih penyaram...cucur jawa....topi mexico, merujuk kepada kuih yang sama. Saya buat ni sebab anak2 minta...dah lama ummi tak buatkan. Aritu masa pegi sabah pun saya sempat menikmati kuih ni yang dibeli di pasar tani Kota Belud. Sedap...lembut sangat. Sejak tu saya tercari2 juga resepi yang boleh hasilkan kuih penyaram yang selembut itu.

Tapi tak jumpa. Jadi saya ambil keputusan guna resepi yang selalu saya gunakan tapi saya tambah jumlah airnya utk dapatkan adunan yang lebih cair. Satu lagi masa menggoreng tu jangan terlalu garing. Masak secukupnya terus angkat dan toskan. Alahamdulillah. Hasilnya menyamai kelembutan kuih cucur yang saya beli di Kota Belud. Hapi wooo....eksperimen menjadi.



Kuih Cucur jawa akak Penyaram Lembut aka Topi Mexico @ ZLC

Bahan2:

500g tepung gandum
100g tepung beras
650 ml air(200ml air pns+450ml air kosong) (saya tambah sedikit air anggaran 200 ml untul adunan yang lebih cair)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong/gula melaka
Minyak masak secukupnya

Cara2:

Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka). Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan baki air selebihnya.


Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.Tapis adunan dan perap semalaman.

Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan),  ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah dan tepinya kelihatan keperangan barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu. Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...