Wednesday, October 12, 2016

Kelas memasak nasi arab


Atas permintaan yang berkali2 dan setelah sekian lama, akhirnya tertunai juga hasrat mengadakan kelas memasak nasi arab. Saya bukan la chef, cuma seorang wanita, isteri, ummi, adik, kakak dan lain2 yang amat gemar memasak. Jadinya segala jenis masakan akan saya uji resepinya di dapur kecil saya dan sesekali saya menjamu tetamu dengan air tangan saya yang tak sehebat chef diluar sana.

Hidangan sarapan ringkas untuk perserta yang hadir.
Dalam kelas yang dibuat di ruang pakir di depan rumah saya, saya cuba sebaik mungkin berkongsi ilmu yang terkumpul dan pengalaman memasak dengan kawan2 dan jiran yang turut serta dalam kelas tersebut.

Santai...minum pagi dalam suasana segar ditemani tanaman menghijau......cuaca pagi tu redup dan berangin. 

Antara bahan yang digunakan...

Awal2 pagi saya dah siapkan sarapan sebelum menyediakan bahan2 dan setting tempat memasak dibantu suami, anak2 dan kakak. Kelam kabut juga....first time buat kelas nasi arab. Untuk nasi briyani arab ni, sayuran sedia dibasuh, kentang dikupas dan dipotong, bawang besar dikupas.....rempah ratus dan baham2 lain disiapkan seadanya bahi melancarkan kerja2 mengajar pagi tu.


Alhamdulillah... Kelas yang dihadiri 4 peserta (2 tarik diri) berjalan lancar dan peserta jelas tentang proses penyediaan menu timur tengah tu. Lega. Terima kasih hubby dan semua yang membantu menjayakan....juga buat peserta yang sudi menghadiri kelas memasak dari tukang yang amatur ini😍😍😍.



Salad arab

Sambal salsa yang dibuat ikut citarasa Melayu....ada pedas sedikit...



Hasil kelas memasak...setiap peserta membawa pulang 3 set nasi dan satu salad. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...