Monday, October 3, 2016

Lada (Sambal versi sabahan)


Lada atau lebih dikenali sebagai sambal di Semenanjung. Katanya lada ni sambal orang Sabah. Ada jual dah siap lagi. Mang pedas gilos sebab guna cili padi masak 100%.

Sumber resepi saya ni rakan blogger Salami Simon. Masa jalan2 singgah blog kengkawan terserempak dengan resepi ni. Walaupun pedas, lada memang membuka seleralah...sekali buat banyak...simpan dalam botol....senang. Tak perlu menyambal tiap kali nak makan..


Lada (sambal versi sabah)

Bahan-bahan:

100 gram cili padi masak - buang tangkai
20 gram bawang putih - buang kulit
1 hirisan nipis halia muda
1 cawan cuka (ikut paras cili padi dalam pengisar)
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula

Cara:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Masukkan ke dalam botol dan tutup rapat. Boleh simpan di dalam peti sejuk dan boleh juga disimpan di luar (suhu bilik).
4. Ketika ingin menikmatinya bersama makanan pilihan, tuangkan sedikit ke dalam mangkuk dan tambahkan jus limau kasturi atau jus limau nipis. Boleh tambah bahan perasa seperti garam atau gula jika ingin memenuhi deria rasa anda. Bubuh kicap pun boleh....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...