Friday, October 7, 2016

Kuih cara manis, minum petang xpress hari bekerja


Lama juga si boboy menyebut nak makan kuih yang ada gula kat tengahnya tu. Tapi biasa la kan.....kadang2, dua tiga kali order belum tentu dapat. Ikut mood ummi diorang yang satu ini. Time malasnya datang, memang ada jer alasan. Time rajin baru sebut separuh ayat dan siap yang dihajat.

Buat kuih cara ni tak susah pun. Tambah la macam saya ni dah tak sukat2, dah boleh agak cair pekat adunan dengan tengok jer. Pulak tu semua main sumbat dalam blender lepas tu tekan kasi pusing dalam dua tiga minit.

Kuih2 melayu ni ada jer yang versi teramat mudah. Macam kuih cara ni. Petang tu agak lewat saya sampai rumah, si boboy macam tak berapa elok moodnya. Jadi ummi umpankan dia dengan kuih cara ni. Tak sabar2 tunggu sejuk. Asyik la check kat dapur dah siap ke belum. Bila masak jer first batch, kasi sejuk sikit, terus jer dia mengulangnya sampai habis beberapa ketul. Suka sangat. Tambahan pulak guna pewarna pandan asli...aromanya menusuk kalbu...😄😄😄.


Kuih cara manis @ ZLC

1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air pandan (kisar beberapa helai daun pandan dengan air, tapis dan perah)
1 biji telur
Sedikit garam

Kisar sebati semua bahan.

Gula
Minyak
Acuan bahulu

Panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak masak. Tuang adunan sehingga 1/2 penuh.

Masukkan gula dan tuang adunan hingga penuh.

Tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan masak selama 3 - 5 minit. Gunakan api kecil bila memasak.

Cungkil kuih yg telah masak (saya guna lidi cungkil gigi jer atau cake tester)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...