Thursday, October 6, 2016

Pasta dengan sos tomato enak


Pasta kegemaran anak2. Dah agak lama diorang request tapi tak buat2 sebab tak sempat ke pasar mencari tomato dan bahan2 lain tu. Dah buat pulak tak sempat nak post ke sini. Ini kisah dua tiga minggu sudah ke sebulan lebih yang lalu....lupa dah. Dah sampai dapat order baru dari anak-anak pulak nih baru teringat draft yang lama tak di publish.

Masa masak ni pun bahan tak berapa nak ada, cendawan butang takde, ayam atau daging pun takde. yang ada baki sosej diorang buat champing depan rumah aritu. Jadi la.....masakkan ajer, kalau tidak nanti asyik menyebut jer...


Pasta dengan sos tomato enak

Pasta pilihan - rebus lembut

Bahan sos

2 kg tomato - cincang
2 biji bawang holland - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
5 batang sosej potong kiub (boleh ganti dengan daging/ayam cincang)
1 biji capsicum - potong kiub
2 batang celery - potong nipis
1 sk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
1 sk oregano
1 sk basil
5 helai daun bay
Minyak/mentega untuk menumis

Panaskan minyak atau mentega. tumis bawang putih hingga keperangan, masukkan bawang besar dan tumis hingga layu. kemudian masukkan sosej/daging/ayam. tumis hingga masak. Masukkan tomato dan sedikit air. Masak hingga tomato sebati dan hancur. Kemudiaan masukkan bahan2 lain dan perisakan dengan garam, gula dan lada hitam secukup rasa. Biarkan mendidih. Tambah air jika kuah terlalu kering. Masak hingga kuah pekat.

Sedia dihidang bersama pasta pilihan. Boleh taburkan keju ikut citarasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...