Saturday, October 29, 2016

Apam susu

L

Lama juga tak ulang siaran buat apam susu ni. Tetiba teringat kat kuih ni....ummi pun rajin2 kan diri le dapur untuk mengadunnya. Guna acuan kecil2 ni macam comel pulak...

Makin comel makin tak sabar nak ngap. Alhamdulillah anak2 suka. Saya pulak kalau diberi pilihan lebih sukakan kek minyak yang adunannya lebih kurang sama dengan apam ni sebab lebih lembab. Tapi bila dah buat ni suka jer dengan rasanya....hidangkan pulak dengan kopi O panas...perghhhh...sedap.

Kali ni sumber resepi saya Sabrina Khan. Ada sesetengah resepi tak letak minyak langsung tapi saya lebih suka versi ni...hasilnya nyaman sekali.


APAM SUSU

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai
Perasa

Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...