Tuesday, October 25, 2016

Kuih Bom


Ni cerita pagi tadi. Buat kuih untuk sarapan dan bekal ke pejabat juga. Mudah jer buat kuih ni sebenarnya. Sambil2 masak boleh juga mengadun kuih ni. Ikutkan tak payah nak sukat2 tapi saya share juga sukatannya yang saya cnp dari azie kitchen sebagai panduan untuk yg berkenan nak buat nanti.

Kali ni saya guna inti kacang merah xpress jer. Tak dan nak buat.


Kuih Bom Inti Kacang

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.


Inti Kacang Hijau:
250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus - guna 1 kpg gula Melaka
1 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum

Cara membuat Inti:

Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering.

Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.



Cara membuat kuih bom:

Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.


Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.

Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.


Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.
Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom.

Nota Dari Jurnal Resepi Bdaria:

Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...