Monday, October 3, 2016

Kuih ketayap aka kuih gulung, juadah minum petang bersama tetamu


Menu minum petang sambil borak2 dengan jiran yang datang. Bau pandan harum mewangi, jadi juadah petang tadi.....cewahhh....berpantun dua kerat akak mlm ni. Sambil marathon update post kat blog ni.

Dua tiga hari ni cuaca nyaman. Rasa rugi kalau terperap dalam rumah. Tu yang hidangkan kat gazebo depan tu jer.  Sambil mata layan kehijaun pokok2, mulut pulak menyunyah kuih diselang seli menghirup kopi kampung yang lazat....sambil berborak rancak. Nikmat...Alhamdulillah.


Kuih ketayap aka kuih gulung

3 cawan tepung
2 cawan susu/santan/air
1 cawan air pandan
Sedikit garam
1 biji telur
3 sb minyak atau mentega cair

Kisar sebati. Panaskan nonstick pan. Oleskan sedikit minyak. Ambil sesenduk adunan dan tuang ke atas loyang. Layangkan loyang supaya kulit kuih jadi nipis. Biarkan beberapa saat. Angkat adunan dan letakkan ke atas piring. Ambil sesudu inti kelapa dan letakkan ke atas kulit. Lipat kedua2 sisi dan gulung kemas.


Inti kelapa

1 biji kelapa muda parut
Gula perang atau gula melaka secukup rasa
Sedikit garam
2 helai daun pandan, carik dan simpul
1 cawan air
1 sb tepung jagumg (optional)

Satukan dalam kuali dan masak hingga inti kering.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...