Thursday, August 14, 2014

Spaghetti goreng tuna (fried tuna spaghetti)

Ini juadah pilihan untuk jamuan hari raya kat office hubby. Resepi kali ni saya ubah suai sikit untuk menambah kejelitaan dan kelazatannya....hehehe

bahan2nya

2 paket spaghetti direbus dengan air yang diletak sedikit garam - toskan dan letakkan sedikit minyak zaiton atau minyak masak. Gaul rata dan ketepikan.
2 tin tuna dalam air garam - ditos airnya hingga kering
cili padi dihiris (jumlah ikut citarasa)
1 biji capsicum (potong kecil)
1 cawan pasley segar cincang (chop)
2 biji bawang holland cincang (dice)
1 labu bawang putih cincang (chop)
2 biji limau nipis perah airnya
Garam secukup rasa
Minyak + mentega

panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan cili padi dan tuna. Tumis lagi hingga sebati. Perahkan limau, kacau sebati dan masakkan seketika. Masukkan capsicum. Kacau lagi. Masukkan spaghetti, gaul rata. Masukkan pasley dan perisaka  dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan tutup api.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...