Friday, August 22, 2014

Nasi minyak arab

Satu lagi resepi nasi arab....yg ni lebih banyak bahannya. Saya ni memang peminat tegar nasi arab dan bercita2 nak jadi pakar masak nasi ni....huhuhu.

Nasi ni saya hidangkan bersama Arabic seven spice roasted chicken (resepinya kat link ini) untuk member2 office yang datang beraya....feedback alhamdulillah...

Nasi Minyak Arab Lydia's kuwait

8 cawan basmathi dalam sekilo.. Cuci dan rendam air garam selama sejam dan toskan airnya.

1/2 cawan minyak jagung/ masak
2 biji bawang besar- dadu halus
3 batang carot- diparut memanjang kasar
1-2 biji cili hijau
1 sudu teh arab mix spices (bhaharat/7 spice)
1/4 sudu teh cardamom powder
1/4 sudu teh cinnamon powder
3 biji fresh tomato.. Buang kulit n dadu kasar
5-6 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
1 cawan gajus/ badam goreng

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang besar sehingga light golden brown, masukkan kayu manis, cardamom, cili hijau, arab mix spices, bunga cengkih dan carrot parut dan gorengkan sebentar sehingga layu dan terbit bau.
masukkan tomato dan teruskan mengoreng sehingga tomato layu.
Masukkan beras dan gorengkan sehingga translucent dan beras bergaul sebati.
Masukkan air panas dalam 12 cawan dan masukkan garam.
Masakkan di atas api besar dan bila air hampir kering, gemburkan sedikit dengan garfu dan perlahankan apinya seminimum yang mungkin, cover periuk kemas dan tanaklah sehingga masak dalam 15-20 minit.
Bila nasi dah masak jangan dibuka penutupnya.. 
Biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit slps tu dan sedia untuk dihidangkan bersama,, marag, salad atau dakosh.

Letakkan nasik dalam pinggan hiadangan dan taburkan dengan gajus serta badan Goreng di atasnya

Baharat (Saudi Mixed Spices) Recipe
1/3 cawan serbuk lada hitam
1/4 cawan serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan s clove powder 
1/3 cawan cumin powder
2 camt serbuk buah pelaga 
1/4 cawan nutmeg powder
1/2 cawan paprika powder (sweet paprika)
1/3 cawan Masala curry powder (tak pedas dalam tin ijau)
1/4 cawan dried limes/loomy powder (limau kering)
Mix all ingredients.
Simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Sambal salsa:

1 biji tomato ~ hiris 
1 biji bawang besar ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi, nak letak cili padi pun boleh) ~ hiris
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris halus 
Garam 
Gula 
Perahan lemon.

Cara penyediaan:~

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...