Thursday, August 28, 2014

Lamb bbq/roasted lamb

Gambar2 ni sebelum dibakar kali kedua...selepas siram sos pekat....lepas bakar terus deliver....dah tak sempat nak snap gambar....lewat dah....orang dah lapar...huhuhu
Makan kambing tak bau dan  tak rasa kambing.....hahaha...
hidang 17 kg lebih kambing ni, tak sampai dua jam ghaib.....

Bahan2

17 kg kambing
1 1/2 botol (1kg) smoke bbq sauce
1 paket besar sos cili 
1 paket besar sos tomato
1 paket besar sos tiram 
1/2 kg madu
3 labu bawang putih (tumbuk kasar dgn kulitnya)
6 sb serbuk cili
4 sb serbuk lada hitam (tumbuk kasar)
5 helai daun bay
2 sb pasley flake
2 sb rosemary
2 sb basil
1 sb thyme
Garam secukup rasa

Optional

kentang us
karot
tomato ceri
----------
Campur semua bahan dan perap lamb semalaman untuk hasil yang terbaik. Bakar lamb di dalam oven dengan suhu 250 darjah selama 1 jam dalam loyng yang ditutup dengan foil. Buka foil dan keluarkan kuah/sos dan masak di atas api hingga pekat. Tuangkan semula kuah tadi, terbalik2kan lamb dan bakar setengah jam tanpa foil dengan suhu 180 celcius.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...