Saturday, August 9, 2014

Rendang pedas hati, limpa dan paru

Kat rumah ada stok bahan2 ni....tak mau simpan lama2....saya suka kalau dimasak rendang pedas. Memandanglan encik hubby tak kuat makan pedas jadi rendang ni saya kurangkan pedasnya....tapi saya letak cili padi sebiji2 bila rendang dah hampir kering...kalau nak pedas makan la dengan cili2 tu sekali yer....

Rendang pedas hati, paru dan limpa

2 kg bahan2 di atas - potong sederhana
1/2 ketul gula melaka
Garam secukup rasa
5 sb cili kering kisar (boleh tambah kurang ikut citarasa)
*10 batang serai
*5 inci halia
*5 inci lengkuas
*20 ulas bawang merah
*1 labu bawang putih
*3 inci kunyit hidup
1 1/2 kg santan pekat
4 helai daun kunyit dihiris halus

Kisar lumat bahan *. Satukan semua bahan kecuali garam dan gula. Masakkan hingga hampir kering....perisakan dengan gula dan garam. Masak hingga rendang kering....

Kacau selalu terutamanya bila dah nak kering supaya tak hangit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...