Sunday, August 10, 2014

Kuih lesung batu pulut hitam

Buat kuih lesung batu petang ahad ni atas permintaan kakak. Lepas blog post saya kuar berita harian  kakak terus msg suruh buatkan kuih ni, nak rasa.....hehehe

Kalau haritu saya buat perisa pandan, kali ni buat campuran tepung pulut hitam pulak...

Bahan2nya

Doh
1 cawan tepung pulut + 1sb tepung pulut hitam
sedikit garam
air secukupnya

Untuk kuah
Santan pekat + secubit garam

Satukan tepung dan garam. Masukkan air sedikit2 dan uli hingga jadi doh yang tak melekat ditangan dan mangkuk.

langkah seterusnya 
Bulat2kan doh. 
Lekukkan seperti lesung dan susun di dalam loyang yang dioles minyak atau dialas daun pisang dan dioles minyak (bauny lebih sedap kalau alas dengan daun pisang).
Isi lesung dengan gula pasir.
Tuang santan di dalam loyang dengan berhati2 supaya tidak masuk ke dalam lesung.
Kukus hingga gula cair sepenuhnya selama lebih kurang lima belas minit.
Tak sempat siap kukus semua kuih, loyang pertama dah licin.....Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...