Wednesday, August 20, 2014

Sarapan pagi dengan roti jala cicah kari

Pepagi dah menjala.....kuah kari dah siapkan malam tadi....

Roti jala dan kari ayam

Menu sarapan pagi dan bekal sekolah anak2

Roti jala 

1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan susu segar/santan/air/kombinasi
1 biji telur
Garam
Pewarna makanan

Kisar semua bahan kecuali pewarna makanan hingga sebati. Tuang dalam acuan roti jala.

Asingkan sedikit adunan, campur pewarna makanan dan sedikit tepung.  Kacau sebati. Tuang dalam acuan berasingan.

Griskan nonstick pan yg telah dipanaskan di atas api sederhana kecil.
Jalakan adunan. Biarkan seketika hingga adunan masak.

Angkat dan letakkan di atas tray atau pinggan untuk menggulung. Gulung roti jala....

Kari ayam dan kentang

3 biji kentang - kupas dan potong kiub kecil
3 keping dada ayam - potong kecil
2 sb serbuk kari ayam
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis
3 keping asam gelugur/keping atau 4 sb air asam
Garam secukup rasa
3 cawan susu segar/santan + 3 cawan air

Bahan kisar

2 biji bawang besar
2 inci halia
6 ulas bawang putih

Tumis bahan kisar dan daun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan rempah kari yg dibancuh dengan sedikit air.

Tumis hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang. Kacau seketika. Tambahkan air dan susu/santan. Biar seketika. Masukkan air asam/asam keping. Masak hingga mendidih dan kentang serta ayam empuk. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...