Monday, August 18, 2014

Kuih Kaswi Coklat

Kuih ni sangat lembut...bergoyang2 je bila makan....kali ni tak letak kelapa sebab kelapa muda parut tak sempat nak cari semalam.....anak2 pun suka makan tanpa kelapa nih...


Malam ni saya dok mengolah resepi dari Myresepi. Maka terhasillah kaswi coklat. 

Bahan-bahan 

1 CAWAN GULA
1 KETUL BESAR GULA MELAKA /1 CAWAN GULA MERAH/APONG
1 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN TEPUNG KANJI / UBI
3 SUDU MAKAN AIR KAPUR (CAIR2 AJE TAU)
5 CAWAN AIR
1 SB KICAP PEKAT
2 SB SERBUK COKLAT
SEDIKIT MINYAK UNTUK SAPU KAT LOYANG/ACUAN
KELAPA PARUT PUTIH =1/2 /BIJI CAMPUR 1 SK GARAM

Lebih adunan masukkan dalam loyang ni jer...

CARA-CARANYA

MULA2 MASAK GULA PASIR N GULA MERAH DENGAN 2 CAWAN AIR (KAT SINI SAYA CAMPUR SEKALI AIR KAPUR DAN KICAP) BIARKAN SUAM2 KUKU.

TAMBAH LAGI 3 CAWAN AIR, PASTU CAMPURKAN TEPUNG. KACAU SEHINGGA SEBATI. GAUL RATA2 SUPAYA TIDAK BERGENTEL. 

SEDIAKAN LOYANG YANG DISAPU SEDIKIT MINYAK DAN SEDIA UNTUK DIKUKUS SELAMA 30 - 40 MINIT (kalau guna  acuan lompang ni kukus dalam 15 - 20 minit jer)

Sejukkan dan hidangkan dengan kelapa parut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...