Sunday, August 31, 2014

Pais tempoyak ikan patin

Rujukan saya untuk menu tengahari ni dari myresepi. Katanya masakan ni asalnya dari pahang.....yer kot sebab kat pahang banyak ikan patin. (Ikan patin ni pun dibeli dari temerloh bukan dari perak yer....dan bukan ikan patin yang dijamu #@¥€ tu). Kat perak ada pais tapi cara dan rasanya berbeza....

Cara saya beza skit, serai saya ketuk tak hiris, daun kunyit pun potong besar2 jer sebab senang nak ketepikan bila makan nanti.....

Disebabkan stok daun pisang takde saya guna aluminium foil saja, kalau alas daun pisang lagi wangi jadinya.... saya bakar pakai magic pan jer...cepat skit proses membakar.......kalau bakar guna arang lagi sedap...

Selain dibakar, ikan pais ni sesuai juga dikukus. Bezanya bila dikukus kuah dua lebih skit....kalau bakat ni kuah dia jadi kering. Walau macam mana pun saya lebih suka versi bakar.....aroma dia lebih membangkitkan selera....

Bahan-bahan 
1 ekor ikan patin (saya belah 2)
10-15 biji cili api merah (ikut citarasa)
1 cawan tempoyak
1 inci kunyit hidup@serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Basuh ikan dan kelar rapat-rapat.

Kisar cili dan kunyit sehingga hancur.

Masukkan tempoyak,garam dan gula. Kisar sehingga sebati. Rasakan garam dan gula.

Hiris halus serai dan daun kunyit. Masukkan ke dalam tempoyak tadi. Gaul rata.

Letak ikan atas daun pisang. Lumur dengan tempoyak tadi. Balut ikan dengan kemas.

Bakar@kukus ikan sehingga masak.

Sediakan nasi panas

Cili ni ikut la nak pedas mana....masukkan garam dan gula secukup rasa yer
Dah tumbuk cili sekali gitu teringat lupa letak kunyit hidup....
Serai saya tak hiris tapi saya ketuk/titik jer
Dah siap tumbuk gaulkan dengan tempoyak sampai sebati.....bau dia dah kecur air liur dibuatnya.....terus rasa lapar tak terkira.....hahaha

Daun kunyit saya potong kasar jer....malas nak hiris dan senang nak ketepikan, anak senang nak makan....kehkehkeh..
Sebelum adegan tumbuk menumbuk tadi dimulakan, boleh la diremdam ikan yg dah dicuci dengan air asam jawa pekat untuk menghilangkan hanyir ikan air tawar....kalau takde guna belimbing buluh atau cuka pun boleh...rendamla dalam 30 minit atau lebih....
Bilas dan ketepikan. (Ikan ni sepatutnya dikelar rapat2 supaya adunan tempoyak tu lebih menyerap ke dalam isi ikan tapi saya terlupa)
Ambil foil secukup besar untuk balut ikan....alas dengan daun kunyit.
Ambil sebahagian adunan tempoyak tadi dan ratakan
Letak ikan...
Sapukan baki tempoyak dan letakkan baki daun kunyit.....
Tutup foil dengan kemas...
Tutup pan dan bakar dengan api sederhana selama 30 - 45 minit....terbalikkan seseksli supaya ikan masak sekata dikedua2 belah...
Enak dinikmati dengan nasi panas dan ulam-ulaman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...