Friday, August 22, 2014

Kek coklat lembab

Bahan-bahan: 

2 cawan tepung gandum 
2 cawan gula  (saya kurangkan 1/4 cawan sbb guna air soya)
3/4 cawan serbuk koko 
1 tsp soda bikarbonat 
2 tsp serbuk penaik 
2 biji telur saiz A @ B 
1 tsp garam 
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah) - saya ganti dengan 1 cawan air soya
1 cawan Mazola (guna minyak masak biasa pun boleh) 
1 1/2 tsp asen vanilla 
1 cawan kopi penas pekat tanpa gula

Cara Penyediaan: 

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. 

Kemudian masukkan air panas mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. 

Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

Topping/ganache coklat

250 gm coklat putih (white chocolate) + coklat gelap (dark chocolate)
1/2 cawan susu cair (sebelum ni saya guna 1/4 cawan....kali ni saya cairkan lagi skit)

Masakkan hingga coklat cair. Tuangkan ke atas kek ketika masih panas.

******
kali ni saya biarkan semalaman....masukkan dlm piping bag....letak nozel no berapa entah...paipkan atas kek yg dah sejuk juga untuk dptkan design ikut kreativitilah sensng cerita...

Resepi substitute buttermilk:

http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm

Bahan-bahan: 

Susu segar - lebih kurang 1 cawan1 Tbsp cuka masak atau jus lemon 

Cara Penyediaan: 

Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan (tak perlu kacau..biarkan begitu saja).Biarkan larutan berehat selama 5 minit dan boleh digunakan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...