Saturday, August 30, 2014

Udang goreng petai

Udang ni dah lama beli.....hari ni pegi pasar cari petai nak padankan dengan udang....petai tengah murah....3 ikat lima ringgit jer...mata besar2....

sekg udang sederhana/besar - belah belakang
9 papan petai (petai murah boleh la letak banyak2)
3 sb cili kering kisar
3 sb sos tiram
2 biji bawang besar dihiris bulat
5 ulas bawang putih di ketuk
3 batang serai
3 sb air asam
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

panaskan minyak. Tumis bawang putih dan serai hingga naik bau. Masukkan cili. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air asam. Kacau sebati. Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. Dan biarkan hingga udang masak. Kacau sekali-sekala. 
Masukkan petai, bawang besar. Kacau rata. Biarkan seketika. Masukkan sos tiram. Kacau lebih kurang seminit dan tutup api.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...