Saturday, August 9, 2014

Rendang pulau pinang

Memandangkan ayam dah habis kat pasar, stok kat rumah takut tak cukup untuk tetamu yang datang beraya jadi saya buatkan rendang daging ni....sesuai la kalau dimakan dengan nasi pudina nanti....

Rendang pulau pinang

Bahan

1 kg Daging (ros)
2 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 sk jintan manis (tumbuk)
3 tangkai  daun kari
3 sb madu
6 sb kicap manis
3 sb air asam jawa pekat
Garam secukup rasa

Kisar
2 inci halia
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
5 btg serai
20 biji cili kering (buang biji dan celur)
Minyak untuk menumis

--------
Goreng daging yang telah dihiris nipis tanpa minyak hingga airnya agak kering dan ketepikan.
Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau. 
Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang dan daun kari. Tumis lagi sebentar.
Masukkan air asam jawa, kacau rata.
Masukkan daging dan gaul sebati.
Masukkan kicap, madu dan garam.
Masak hingga agak kering. (Kalau daging masih tak cukup empuk, masukkan sedikit air dan masak sehingga agak kering). Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...