Friday, August 22, 2014

Fried tuna pasta

500 gm Spriral pasta (rebus dengan sedikit garam)
1 tin tuna dalam spring water (toskan)
2 biji capsikum merah (potong kecil)
1 paket cendawan shitake (potong kecil)
1 biji bawang holland (cincang)
6 ulas bawang putih (hiris)
cili padi secukup rasa (hiris)
Perahan 1/2 biji lemon atau 3 sb perahan limau
secekak daun pasley segar (hiris)
garam secukup rasa
Mentega dan minyak zaiton atau minyak masak

Tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili padi. Tumiskan sebentar.
masukkan tuna dan perahan lemon.
Gaul rata dan masakkan sehingga tuna sefikit kering. Masukkan cendawan. Tumis hingga sedikit cendawan masak.
Masukkan pasta dan capsicum. Gaul rata. Perisakan dengan garam.....gaul rata.
Akhir sekali masukkan pasley segar. Kacau hingga sebati dan biarkan seketika. Tutup api dan hidangkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...